nama nya sha rukh khan ..
kenapa pilih nama tu sbb kucing ni mancho mcm sha rukh khan juga.
bagi anak2, SRK ni depa gelar anak papa ..

kehadiran SRK ni dua hari selepas kematian kitten kami Romeo.
mase tengah sedih atas pemergian tentang romeo,
tiba2 anak kedua aby bawak seekor kucing besar ni ketika balik sekolah.
katanya dia nampak kucing ni merayau rayau ditepi jalan raya kt kawasan semak,
sambungnya lagi, dari mati kena langgar kereta baik dia tangkap dan bawa balik,
kebetulan masa dia balik dari sekolah ada kwn tumpang skuter dia,
jadi senang di bawak kucing tu.
pangamatan aby kt kucing ni,
cantik kucing tu, berjaga, dan bulunya bersih dan tidak berpintal,
pasti tuan nya jaga kucing tu dgn baik.

ya pasti punca SRK ni lari dari rumah adalah kerana nak mengawan,
kira nak carik betina la,
sbb masa kt rumah aby dia asyik mengieow tk putus asyik mencium bontot kucing betina,
dan beberapa kali nak lari keluar rumah.

yg digelarkan anak papa,
masa mula2 SRK ni kt umah,
dia tk mau makan, mungkin kami tk tau apa pemakanan nya dirumah asal.
mcm2 makanan aby cuba utk bagi dia makan,
dari makanan kering biasa, wet food, makanan rebus, mentah,
sume dicuba tp tk mau jamah juga..
mungkin rindu tk rumah dia kot..
tp lama kelamaan dia makan juga sbb mungkin lapar.
sejak2 dah mula makan,
hati dah senang la sbb tau pasti kucing akan sihat .

masaalah nya,
kehadiran SRK tk disenangi Bubble,
sbb bubble adalah male dominant kt umah.
masa tu, tiap tempat duduk SRK pasti bubble akan duduk,
kira bubble mengasak pergerakan SRK.
sering juga bubble provok SRK tp SRK beralah,
entah mcm mana satu hari mungkin SRK dah tk tahan di asak,
melawan SRK tu dengan bubble,
teruk bubble di kerjakan,
sampai kami kena tarik SRK supaya dia tidak mencederakan bubble.
sejak peristiwa tu,
SRK pula yg jadi penjejak bubble,
dia akan mencium tapak dan langkah bubble kemana dia pergi,
bubble pula yg kene menyorok,

kesian bubble,
dia tk pernah pun keluar dari umah,
kot klu terkeluar pun hanya beberapa langkah dari pintu ..
lps tu pasti dh kena angkat masuk kedalam rumah,
berbanding dgn SRK ni,
yg dah terbukti berani kt luar,
pasti kudrat dia lebih kuat,
tu yg senang dia ratah bubble ..

akhirnya,
satu keputusan berat kena diambil.
SRK harus dikurung, sbb bukan sahaja dia membahyakan bubble,
dgn jantan besar yg lain pun akan bergaduh,
bukan salah SRK tp salah yg lain sbb suka memprovok SRK nk tunjuk yg depa tu lebih jantan, tp last last nahas bila bergaduh dgn SRK ..

namun, SRK adalah kucing yg baik.
klu seharian dia mengioew sbb dalam kurungan,
bila aby balik dari kerja,
buka pintu cage tu dan belai2 kepala dan badan dia,
dia akan senyap.
gitu la rutin aby sehari hari,
balik kerja pasti membelai dia ..
dan.. wktu SRK kt luar cage,
kejap jer, masa bubble kt dalam bilik anak sulung.
sbb anak sulung tido dgn bubble,
wktu tu la bagi SRK keluar,
tp bila dengan yg lain mula bergaduh ..
kena masuk cage balik ...
sebagai tambahan,
klu angelina hilang seminggu, CfS dah mula susah hati,
sekarang SRK dah bersama kami setahun,
meaning tuan asal SRK ni dah kehilangan SRK setahun ..
allah jer yg tau mcm mana kesedihan nya ..
wlu bagaimana kami pastikan SRK sihat bersama kami ..
makanan, kesihatan dan belaian tk pernah terabai ...