salam rakan2 blog ..
pastinya rakan mieow lain nak tau perkembangan susulan kes notis dari Majlis Tempatan tu..
hari rabu lps aby pergi ke Majils ..
sampai kesana depa arahkan ke Jabatan Undang2 sbb nak tau berapa kompaun yg akan dikenakan.
sampai saja kekaunter dan dilayan pegawai bertugas,
aby ceritakan keadaan penjagaan dan kawalan kucing yg aby amalkan
yg aby serta kan bersama sama printout gambar2 cage ..
petugas tu simpati juga atas notis yg aby dapat tetapi dia tk dapat berbuat apa di sebabkan ianya adalah aduan awan. aby juga di beritahu bahawa kompaun kes aby adalah RM 500/ - walau bagaimana pun petugas tu akan minta dari ketua jabatan dia utk pengurangan kompaun kes aby ni ..
bila dia kembali dari berjumpa boss nya ..
kompaun yg aby kena adalah RM200 ..
katanya itu la yg termampu dia buat ..
tambah petugas tu ..
aby perlu berbuat sesuatu juga dengan kucing2 yg di luar . sbb bila org dh buat aduan mereka ni tk kan berhenti membuat aduan lain selagi apa yg di adu nya tk selesai .
yg jadi mangsa adalah poket aby ..
utk kali ni rm 200 ..
tp klu selepas ni pasti akan bertambah lg ..
gitu la nasihat ikhlas petugas hari tu ..
komen aby ...
kompaun membela kucing seperti yg didalam akta adalah RM 500 ..
kompaun utk tuan kucing yg bau najis kucing tidak desenangi jiran adalah rm 200 ..
kompaun speed trap yg membawa sampai 200 km maksimun rm 300 ..
begitu juga kesalah trafik yg lain mcm langgar trafik lite, potong double line, mengguna handfon ..
pun rata2 maksimum rm 300 ..
klu buat rayuan akan dapat rm 100 - 150 ...
nampaknya bau najis kucing ni kompaun nya lebih mahal dari membawa kereta mencecah 200 km
yg bukan sahaja boleh membahayakan org lain malah diri sendiri ..
apa pun sebagai warga yg bertanggung jawab ..
aby follow apa yg tertakluk dalam undang undang ..
cuma beberapa hari ni,
tiap kali lepaskan SRK dari cage masa aby membersihkan cagenya tu ..
dan tengok SRK berguling guling kat lantai .
sayu hati ni ,
sbb besar kemungkinan SRK ni akan bagi kt org lain utk menjaga nga ..
SRK tk boleh di simpan di dalam rumah sbb bukan sahaja di tk suka berada di dalam rumah,
perangai nya bila kencing suka memancut. klu diluar rumah senang kita menbersih pancutan dia,
tp klu di dalam rumah, susah juga nak menjejak pancutan dia ..
dah sampai masa SRK kena berpindah milek ..
kecuali rakan2 blog lain boleh memberi idea mcm mana nak buat kucing ni tk memancut sesuka dia ..
idea2 amat di alu alukan ..