Saturday, March 3, 2012

Dapat notis Majlis Perbandaran ...



salam rakan2 blog ...
dah seminggu lebih rumah kami dapat satu notis pemberitahu dari majlis perbandaran Kelang ..

diruang tuduhan, tertulis,

"Di kehendaki memberhentikan aktiviti membela kuching sehingga menyebabkan kacau ganggu awam"

di atas tu tertulis ADUAN ..

lucu juga bila dapat notis ni ..

3 ekor kucing setiasa kemas dalam cage diluar rumah.
pagar keliling tinggi sampai 5 kaki ..
cume melepaskan seekor kucing jer utk bebas.

dah tu,
lorong rumah kami pun banyak juga kucing jalanan yg suka2 masuk kedalam pagar rumah org termasuk la rumah aby sbb ada makanan kt luar ..
ada juga rumah lain yg bela kucing dalam cage diluar rumah ..
malah anjing pun ada yg bela..
dan anjing lepas lg,
menakutkan budak2 klu berjalan di lorong rumah aby ..

tau2 kita yg dapat notis ..
buat la aduan terhadap rumah india dan cina yg lpskan anjing tuh ..

isnin lps aby gi majlis ..

sekadar bg tau ..
klu tk dibenarkan membela .. ( sbb dalam kandang )
aby nak lepaskan bebas jer ..
biar depa tu berkawan sama dengan kucing lain yg lepas di jalan ..
tk perlu lg hari2 menyalin dan membersih kandang ..

pegawai bertugas tu kata ..

"tk boleh la buat gitu sbb kami bertindak atas aduan ..
bila kita dapat aduan kita akan pergi ke premis tersebut utk memastikan betulkah aduan di buat.
dan dalam kes ni, aduan tu sahih sbb di luar rumah kamu ada kucing .."

Di pendekan cerita ..
aby masih biarkan kucing2 tu kat luar ..
biar depa datang sekali lg ..

klu dapat notis kedua ..
baru fikir tentang shah rukh yg memang suka duduk di luar tuh ....

14 comments:

  1. Uncle Aby,
    Ni mesti ada kes jiran dengki ni. Kesianlah sedara-mara saya tu.... Duduk rumah tinggi2 macam kami ni senang, tak adalah strays datang ketuk pintu. purrr....meow!

    ReplyDelete
  2. Dimana letaknya negara pengasih, rakyat penyayang, negeri kebajikkan... em.. sound tepat kat jiran tu, " klw tak puas hati, meh sini.. face by face.. Dahlah korang umat tak pengasih pd makhluk Allah, ada umat yg pengasih, membela nasib haiwan korang hentam pulak... buatlah keje lain, keje yg mendtgkan pahala...benci & meluat betul org camni!!!

    ReplyDelete
  3. salam CfS ..
    suspec kami pun org tu juga ..
    tp tk kata apa2 kt depa tu sbb tk berteguran.

    best juga kan dok kt tempat tinggi ni ..
    pak guard dah jaga stay dari naik keatas ..

    ReplyDelete
  4. salam rosma ..
    nak tambah sikit lg,
    dlm islam, ibadat terbahagi kpd 2 ..
    ibadat khusus dan umum ..
    yg khusus tu sperti yg ada dlm rukun islam..
    solat, puasa dan sebagai,

    yg umum tu,
    mcm kita kerja, menjaga anak, beramanah, berniaga termasuk la menjaga haiwan ..
    tu yang kita diberi akal dan fikiran supaya selain kita beribadat kpd allah swt, kita prlu berhubung baik bukan shj dengan manusia, malah haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan kesemua makhluk allah swt ..

    dan melindungi haiwan yg lemah spt kucing ni, adalah satu ibadat umum juga ..
    klu org nak kmplen biarkan la ..
    kita buat seikhlas mungkin. semoga perbuatan kita dapat di terima sebagai ibadat ..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Kita adukan sahaja ke hadrat Allah SWT.

    Saya pernah di kompaun kerana dikesan ada jentik-jentik dalam bekas minuman burung merpati....saya bayar....tapi....kat longkang depan rumah tu berbilion jentik-jentik, tak pulak dipedulikkan!!!...hairan bin ajaib!

    ReplyDelete
  6. Salam aby...

    Sifat PHD org M'sia memang tinggi. Apa masalahnya berbanding dgn anjing dan kucing yg berkeliaran macam aby katakan itu.

    Mohon pada Allah masih diberi peluang membelanya aby. Kesian pulak kalau dilepaskan sebab jenis manja takut kena baham dek anjing yg berkeliaran atau gaduh dgn kucing liar...

    ReplyDelete
  7. salam AH ....
    hidup kita terikat dgn peraturan/perundangan ..
    wlupun sekadar jentik2 dlm bekas minuman burung ..
    klu salah tetap kena kompaun ..
    gitu juga dgn aby..
    klu kali kedua org majlis dtg n bagi saman ..
    mcm AH juga la ..
    kita bayar jer ..

    ReplyDelete
  8. salam k zakie ...
    betul ckp k zakie ..
    klu d lepas pasti musibah kat SRK tu ..
    dengan saiz nya yg besar pasti di musuhi dgn kucing2 jantan kt luar cuma klu d banding dgn anjing SRK ni tetap kecil ..
    tk sanggup tengok badan dia luka2 misal di lepas ..

    psl sifat PHD tu ...
    kita ignore jer ..

    ReplyDelete
  9. kesian kucing2 tu. kucing Aby semua indoor kan. kesian yg stray. nanti kena angkut ke pbt :(

    ReplyDelete
  10. salam mq ..
    alhamdullillah sampai sekarang tk de susulan ke dua dari PBT

    ReplyDelete
  11. salam, saya pun ada masalah yang sama. Jiran dengki kami bela kucing banyak. katanye bau busuk. kami da wat rumah kucing dan kucing berak dekat dalam rumah tu. Hari2 kami buang taik. kami xpena lepaskan ke luar. jiran ugut nak wat report. Apa yg perlu kami buat? perlu ke kami wat lesen untuk bela kucing yang byk tu. kecian kucing2 tu semua. tak kan kami nak buang. sedih ngan manusia yang dengki dan tak berperikemanusian ni.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.Rmh.kami di kawasan pekan,tetapi di blkg.tu masih kawasan kmpg.Ramai org.Islam terutamanya membela kucing dan lepas bebas.Ini dah menjadi kebiasaan sejak berpuluh tahun,termasuklah di rmh. kami ni. Masalahnya sekarang, jiran India di blkg.rmh yg dulunya org.susah tu (dulu tak komplen pun, semasa arwah mak dan ayah ada,mmg dari dulu kami bela bnyk.kucing).Skrg.ni jiran tu dah buat rmh cantik,dah pakai kereta BMW , dah mula buat aduan ke Majlis Perbandaran Sbg.Perai(MPSP).Dia pernah suruh kami kurung kucing,sbb berak di laluan kereta mereka,laluan yg sama2 kami guna sekian lama.Bila dah berada sikit, dah lupa diri manusia ni.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Article tak cakap jenis rumah ape pon. Kalau rumah flat or apartment, confirm2 tak boleh sebab letak cage luar rumah (maksud saya ni, area laluan rumah flat or apartment tu). Sebab bile kucing or anjing berak / kencing, bau boleh naik smpai ke tingkat atas or bawah or jiran sebelah. kadang2 satu lorong tu bau SEDAP...

    Fikirkan la orang lain gak.
    sapa tak angin kalau setiap kali balik keje bau taik kucing. Stress2 keje, balik nak rehat. BUkan je pintu, bau taik kucing. Kalau kucing je yang lalu, seronok jugak la tengok baby saya main dengan kucing tu. Ni tak, kucing tak datang lagi, tapi bau die dah sampai. Siap datang dengan additional lalat lagi. Nyummeh...

    Ni pendapat je. Komen kena adil. Maksudnye dari dua2 belah pihak.

    Nak bela kucing boleh, kena buat macam arwah nenek saya. Ajar kucing tu berak dekat toilet rumah sendiri. takde la susahkan orang. or cari alternative lain

    saya komen ni pon sebab rumah sye umah flat. duduk jiran bela kucing. bukan sikit kucing die, sampai 5-6 ekor and semua kucing tu park luar rumah dalam sangkar. Bau die, memang boleh buat amuk. dulu saya tak kisah. tapi sejak ade anak ni, saya risau. Baby kan.. kecik lagi dah bau hama la, taik busuk la. owner rumah tu kadang2 bile saya tegur, baru kemas taik kucing die. kalau tak tegur, mau sampai lepas magrib karang baru die kemas.

    Mungkin bagi dia, takde hal la. Tapi orang lain, kita tak tau. Memang Islam ajar pasal bela binatang ni. Tapi Islam juga ada ajar pasal kebajikan berjiran.

    So, kesimpulan saya ni. Kalau dapat notis dari Dewan Bandaraya tu, fikir la dulu. Tak mungkin orang nk complaint pasal kau bela kucing comel tapi die cume mampu bela semut api je.

    Wa'allhualam

    TQ #donedakwah

    ReplyDelete