walaupun hanya seekor haiwan, tetapi keletahnya, sifat yg playful, pengharapan utk mendapatkan belaian dan sifat2 merajuknya, cukup menyejukan hati, merekalah penghiburku ....
Saturday, April 21, 2012
Kunjungan ke Majlis Tempatan ..
salam rakan2 blog ..
pastinya rakan mieow lain nak tau perkembangan susulan kes notis dari Majlis Tempatan tu..
hari rabu lps aby pergi ke Majils ..
sampai kesana depa arahkan ke Jabatan Undang2 sbb nak tau berapa kompaun yg akan dikenakan.
sampai saja kekaunter dan dilayan pegawai bertugas,
aby ceritakan keadaan penjagaan dan kawalan kucing yg aby amalkan
yg aby serta kan bersama sama printout gambar2 cage ..
petugas tu simpati juga atas notis yg aby dapat tetapi dia tk dapat berbuat apa di sebabkan ianya adalah aduan awan. aby juga di beritahu bahawa kompaun kes aby adalah RM 500/ - walau bagaimana pun petugas tu akan minta dari ketua jabatan dia utk pengurangan kompaun kes aby ni ..
bila dia kembali dari berjumpa boss nya ..
kompaun yg aby kena adalah RM200 ..
katanya itu la yg termampu dia buat ..
tambah petugas tu ..
aby perlu berbuat sesuatu juga dengan kucing2 yg di luar . sbb bila org dh buat aduan mereka ni tk kan berhenti membuat aduan lain selagi apa yg di adu nya tk selesai .
yg jadi mangsa adalah poket aby ..
utk kali ni rm 200 ..
tp klu selepas ni pasti akan bertambah lg ..
gitu la nasihat ikhlas petugas hari tu ..
komen aby ...
kompaun membela kucing seperti yg didalam akta adalah RM 500 ..
kompaun utk tuan kucing yg bau najis kucing tidak desenangi jiran adalah rm 200 ..
kompaun speed trap yg membawa sampai 200 km maksimun rm 300 ..
begitu juga kesalah trafik yg lain mcm langgar trafik lite, potong double line, mengguna handfon ..
pun rata2 maksimum rm 300 ..
klu buat rayuan akan dapat rm 100 - 150 ...
nampaknya bau najis kucing ni kompaun nya lebih mahal dari membawa kereta mencecah 200 km
yg bukan sahaja boleh membahayakan org lain malah diri sendiri ..
apa pun sebagai warga yg bertanggung jawab ..
aby follow apa yg tertakluk dalam undang undang ..
cuma beberapa hari ni,
tiap kali lepaskan SRK dari cage masa aby membersihkan cagenya tu ..
dan tengok SRK berguling guling kat lantai .
sayu hati ni ,
sbb besar kemungkinan SRK ni akan bagi kt org lain utk menjaga nga ..
SRK tk boleh di simpan di dalam rumah sbb bukan sahaja di tk suka berada di dalam rumah,
perangai nya bila kencing suka memancut. klu diluar rumah senang kita menbersih pancutan dia,
tp klu di dalam rumah, susah juga nak menjejak pancutan dia ..
dah sampai masa SRK kena berpindah milek ..
kecuali rakan2 blog lain boleh memberi idea mcm mana nak buat kucing ni tk memancut sesuka dia ..
idea2 amat di alu alukan ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam pernah terbaca ada cara utk prevent kucing jantan ni dari menanda kawasan sesuka hati...jenis yg spray tuh..lupa la pulak kat mana terbaca hari tu.. :(
ReplyDeletekalau ada housing developer buat tmn perumahan berpagar khas utk org2 yg sukakan kucing kan best! syarat utama nak beli property tuh ialah mesti suka, sayang dan tak kisah dgn kucing2 berkeliaran! :)
kesian aby sedih pulak baca....mesti aby risau kan
ReplyDeleteaby si SRK ni sunat ke tak ekk?
sbb biasanya kcg kalau disunatkan insya'Allah takan memancut tp ada jugak la yg da sunat pon dia memancut berkemungkinan besar sbb lambat disunatkan tp tak la sekerap kcg yg tak disunat. cukup berat badan, sihat, pd usia 6 bulan kcg dah boleh disunatkan
sbb kucing2 kite semua kita sunatkan tak kira yg jantan dan betina alhamdulillah takde masalah tu :)
Mahal juga kompaunnya ye aby...
ReplyDeleteKakak rasa kesian pulak bila SRK nak dipisahkan. Habis siapa pulak yg nak bela? Or aby hantar balik kampung je... bila balik masih boleh jumpa lagi. Kalau kakak tak sampai hati nak bagi org sebab dah lama sangat dia ikut keluarga.
p/s: Melas jugaklah kakak kok eneng tonggo seng iri yo.
salam mijoe ...
ReplyDeletesatu harapan yg baik tu ..
cuma .. klu dizahirkan takut tk mampu kita membeli,
harga nya pasti pd paras tinggi ..
klu ingat kt mana baca artkel tu bg tau lah ..
salam mm ..
ReplyDeletesehingga hari ni aby tk sunatkan kucing2 aby.
sbb nya rasa bersalah pula menyongsangkan fitrah kejadian ciptaan haiwan ni ..
tu yg jumlah kucing kt umah bertambah sbb ada je yg beranak ..
walau bagaimanapun aby kan cuba cadangan mm tu,
sunatkan SRK
salam k zakie ..
ReplyDeletememang berat nak lepaskan SRK kt org menjaga..
sbb anak2 dah gelarkan SRK tu anak papa ..
memang dia ni dalam jagaan aby sedari dia sampai dirumah. .. nanti aby cuba sunatkan dan tengok perkembangan dia .. klu ok, biar la dia kekal ...
tonggo nay wong gemblong ..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNak dipakaikan pampers tentu SRK tak selesa. Mungkin aby bleh ciptakan sesuatu dari idea ini...berjenama SRK. Patenkan....leh kaya jadinye!
salam AH ..
ReplyDeletesatu idea yg baik ..
cuma belum tergambar mcm mana rupa dan gayanya ...
sbnrnya aby tak salah sunatkan kucing ni dan kucing ni bkn mcm manusia maksud sy tu kalau kite sunatkan pon dia takan stress atau tertekan sbb tak boleh mengawan sbb dia langsung takan ada 'rese' utk mengawan tuh...lebih2 lg jika kita sunatkan dia awal sblm dia tahu mengawan (dlm lingkungan usia 4-6 bulan)
ReplyDeletekembirikan kucing ni byk kebaikkannya lgpon kalau membiak terlalu byk takut kita tak mampu nak menjaga mereka
aby ada facebook tak? kalau ada aby boleh cuba ajukan soalan pd mereka yg lebih arif. aby boleh seach 'Tanya sama Vet' punya FB dan boleh bersoal jwb dgn para vet dan pembantunya di sana ;)
salam mm ..
ReplyDeletesetuju dgn apa yg mm kata ..
memang tau juga kebaikan kembiri ni ..
cuma aby jer yg belum bersedia utk membuat ..
psl SRK ni aby ada 2 pilihan,
1, kembirikan dan ke 2 bagi kt kwn,
ada seorg kwn ni memang menerima sangat2 SRK klu diberi kt dia ..
sbb boleh dijadikan baka utk kucing2 dia.
dan aby lebih condong kpd pilihan ke 2,
wlu agak berat nak lepaskan ..
harap2 kawan aby tu boleh jaga dan sayang SRK mcm aby. jgn pulak bila SRK dah berumur dan dah tak mampu nak mengawan disia-siakan atau dibuang..
ReplyDeleteminta maaf klau kata-kata sy menyinggung aby, sy sbnrnya sgt tak menyokong backyard breeder nih dorang hanya perlukan kucing/anjing utk tujuan duit. kcg/anjing ini diperguna dan dianiaya..satu kes yg sy tak boleh lupa seekor ibu kucing yg dipaksa bunting, beranak berulang kali dan menjadi ibu susu kepada anak-anak kucing dan bila ibu kcg tu dah tua dan dah tak berupaya dia dipersia dan dibiarkan bergitu saja, keadaan ibu kucing tu sgt menyedihkan aby...byk dah kes2 mcm ni berlaku :(
harap-harap perkara ni tak berlaku pd SRK, insya'Allah saya doakan...
setuju dengan mm ..
ReplyDeletewlupun kwn aby sedia bila2 masa utk terima SRK,
namun mcm berat juga nak lepas ..
antara sbb nya adalah ..
pemakanan ..
SRK ni cukup cerewet psl makanan ..
klu dia tk suka dia boleh biarkan makanan tu tk berusik ..
kita pula yg risau ..
terpaksa carik makanan yg dia suka ..
sbb klu dia sakit sbb mogok lapar ..
kita juga yg susah sbb kena anta ke vet ..
kemungkinan mcm yg mm kata pun boleh jadi juga ..
masih dalam tunggu dan lihat lg ..
prihatin betul aby dgn kucing2 aby, beruntung dorang :)
ReplyDeletetp mmg betul kalau dah sakit kita jugak yg susah dan kos perubatan dorang ni dah tentu mahal, mencegah tu lebih baik dr merawat ;)
sy doakan moga aby jumpa jalan penyelesaian yg terbaik utk SRK, amin...
ameen dari aby juga ..
ReplyDeletememang mm a true Cat lover la ..